Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belum setahun berkahwin, Kim Bo Ra dan suami bercerai

    Hanya selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Kim Bo Ra dan pengarah Jo Ba Reun mengambil keputusan bercerai.

    Berita sedih itu disahkan agensi pengurusan Bo Ra iaitu Noon yang menyatakan sudah tidak sehaluan punca pasangan itu ingin menamatkan perkahwinan mereka, menurut petikan mStar.

    “Selepas membuat pertimbangan teliti dan perbincangan, Bo Ra dan suami akan meneruskan penceraian.

    “Mereka sudah menyelesaikan semua prosedur diperlukan untuk mengesahkan penceraian mereka.

    “Susulan itu, Bo Ra dan Ba Reun minta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai penceraian itu,” ujar kenyataan tersebut kepada media.

    Dalam pada itu, Bo Ra dan pengarah drama berkenaan dikatakan berpisah kerana perbezaan personaliti di antara mereka.

    Untuk rekod, Bo Ra dan Ba Reun berkahwin pada Jun tahun lalu selepas tiga tahun bercinta. – Agensi

    Perkahwinan Bo Ra hanya bertahan selama 11 bulan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda