Thursday, November 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belut dimakan ikan berjaya keluar melalui insang

    PARIS, 11 SEPT – Belut yang telah ditelan oleh ikan buat kali pertama dirakam melepaskan diri dengan keluar semula dari perut pemangsa melalui bahagian insang, menurut satu kajian yang diumumkan pada Isnin.

    Usaha melarikan diri yang luar biasa itu juga merupakan kali pertama taktik pertahanan sedemikian dirakam di video dalam dunia haiwan, menurut penyelidik dari Jepun.

    Pasukan di sebalik kajian baharu itu telah memerhatikan belut kecil Jepun yang terselamat setelah dimakan dengan keluar dari insang, dan bukannya melalui mulut ikan yang telah menelannya.

    Para penyelidik pada mulanya menganggap bahawa belut tersebut berada agak dekat dengan mulut ikan ketika ia melepaskan diri.

    Namun begitu, pasukan penyelidik tersebut amat terkejut apabila mendapati bahawa belut berkenaan sebenarnya berada di dalam perut ikan sebelum ia memulakan percubaan melepaskan diri, kata penulis utama kajian tersebut, Yuha Hasegawa dari Universiti Nagasaki, kepada AFP.

    Gambar Freepik

    Beberapa belut bahkan sempat berlegar-legar di dalam perut ikan beberapa kali sebelum berjaya keluar, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology.

    Dengan melihat apa yang berlaku di dalam tubuh ikan pemangsa spesies dark sleeper, penyelidik menyuntikkan cecair ke dalam ikan tersebut untuk menambah kontras ketika merakam hasil menggunakan sistem video x-ray.

    Daripada 32 ekor belut yang ditelan ke dalam perut ikan, semua kecuali empat daripadanya cuba melarikan diri dengan bergerak ke arah saluran pencernaan, menuju ke esofagus dan akhirnya keluar melalui insang, menurut kajian tersebut.

    Sebanyak 13 daripadanya berjaya mengeluarkan sebahagian ekor mereka melalui insang, manakala sembilan ekor berjaya melepaskan diri sepenuhnya.

    Belut-belut kecil yang panjangnya sekitar 7cm itu sentiasa melepaskan diri dengan mengundur ke belakang. Tidak seperti kebanyakan ikan, belut mahir berenang ke belakang, menurut penyelidik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda