Pelakon Ben Affleck tidak berminat untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta bersama wanita lain selepas berpisah dengan penyanyi Jennifer Lopez.
Menurut sumber, aktor tersebut memberitahu dia sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan bujang selain memberikan fokus kepada keluarga, kerjaya dan projek yang sedang diusahakan.
“Ben ketika ini tidak berminat untuk menjalinkan hubungan yang baru. Soal bercinta bukan bukanlah keutamaan sekarang ini.
“Ben hanya fokus kepada dirinya, anak-anak dan kerjaya selain sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya (bujang),” dedah sumber.
Kenyataan tersebut sekali gus menolak dakwaan yang Ben sebelum ini dilaporkan sedang mencari pengganti Jennifer.
Dalam berita tersebut, Ben memaklumkan dia hanya mahu menjalinkan hubungan bersama wanita yang tidak mengambil minuman alkohol.
Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada Jun 2005 sebelum sah bercerai pada 2018.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 17, Seraphina, 14, dan Samuel yang kini berusia 11 tahun.
Pada 2022, Ben berkahwin dengan Jennifer atau JLo selepas setahun kembali menjalinkan hubungan cinta. – Agensi