Sunday, June 30, 2024
23 C
Brunei

    -

    Ben Affleck serang paparazi

    Pelakon Ben Affleck bertindak menyerang seorang paparazi yang cuba merakam fotonya menggunakan ‘flash’ di kawasan perumahannya di Beverly Hills pada Ahad lalu.

    Ben, 51, dilihat memberhentikan kenderaannya sebelum meluru ke arah jurugambar tersebut dan merampas telefon milik lelaki berkenaan.

    Pelakon itu menyifatkan penggunaan ‘flash’ pada waktu malam bukan sahaja mengganggu penglihatan ketika memandu malah membahayakan nyawanya dan keluarga.

    “Awak boleh menyebabkan kami kemalangan tahu tak? Jangan guna ‘flash’ waktu malam,” katanya memetik laporan mStar.

    Ben berada di kawasan tersebut untuk bertemu isterinya, penyanyi Jennifer Lopez yang baru sahaja pulang dari percutian di Itali.

    Ben tidak berpuas hati dengan tindakan paparazi yang merakam gambarnya. – dailymail.co.uk

    Jennifer dilaporkan pergi bercuti bagi menenangkan fikiran selepas timbul pelbagai dakwaan mengenai perkahwinannya dengan Ben.

    Pasangan itu juga sudah tidak tinggal sebumbung malah bakal menjual banglo berkenaan sebagai salah satu penyelesaian penceraian mereka.

    Untuk rekod, Ben dan Jennifer mula menjalinkan hubungan cinta pada 2001 namun hubungan itu berakhir dengan perpisahan apabila mereka membatalkan perkahwinan pada 2003.

    Cinta di antara mereka kembali bertaut pada 2021 sebelum memutuskan berkahwin setahun kemudian.

    Sebelum itu, Ben pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner pada Jun 2005 namun bercerai pada Oktober 2018.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Violet, Serafina dan Samuel. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...