Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ben Affleck tengah cari pengganti JLo

    Selepas berpisah dengan Jennifer Lopez, pelakon Amerika, Ben Affleck dilaporkan sudah bersedia untuk kembali mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hatinya.

    Bagaimanapun Daily Mail melaporkan Ben mempunyai syarat tertentu iaitu mencari seorang wanita yang tidak mengambil minuman alkohol.

    Ini kerana Ben enggan dikelilingi ‘kaki botol’ memandangkan dia pernah mengalami ketagihan alkohol yang hampir merosakkan hidupnya sebelum ini.

    “Ben sudah bersedia kembali bercinta semula dan dia tidak akan berkompromi dengan syarat wanita itu tidak mengambil minuman alkohol.

    “Sudah dua tahun Ben sembuh daripada ketagihan alkohol dan dia enggan meletakkan semula dirinya dalam keadaan itu,” kata sumber terdekat aktor filem Batman itu.

    Sebelum ini, masalah ketagihan alkohol menjadi antara penyebab perkahwinan Ben dengan bekas isteri iaitu Jennifer Garner musnah.

    Pun begitu, Jennifer antara individu penting dalam memberi sokongan moral malah menghantar Ben memasuki pusat pemulihan.

    Malah aktres itu kerap mengunjungi kediaman Ben di Brentwood, Los Angeles bagi memastikan bekas suaminya itu sentiasa bebas daripada masalah ketagihan. – Agensi

    Ben bersedia untuk menjalin hubungan dengan wanita semula. – Antaranews
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda