Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ben Healy menang peringkat enam Tour de France

    VIRE, 11 JULAI – Pelumba Ireland, Ben Healy, muncul juara peringkat keenam Tour de France di Normandy baru-baru ini selepas melakukan kayuhan solo yang panjang, manakala Mathieu van der Poel merampas semula jersi kuning pendahulu keseluruhan dengan kelebihan satu saat.

    Van der Poel, yang memulakan hari di kedudukan keenam, berjaya mengatasi pendahulu semalaman, Tadej Pogacar.

    Pelumba Belanda itu berkata dia sedang menyasarkan peringkat ketujuh ke Mur de Bretagne, lokasi yang menyaksikannya meraih jersi kuning buat kali pertama pada tahun 2021.

    “Itu akan jadi penutup yang indah untuk minggu yang hebat,” kata Van der Poel yang kelihatan letih kelmarin. “Menang atau tidak, hanya dapat pakai jersi kuning sekali lagi pun sudah cukup bermakna.”

    Pelumba Belgium, Remco Evenepoel, kini berada di tempat ketiga dengan ketinggalan 49 saat, diikuti pelumba Perancis Kevin Vauquelin di tempat keempat (1 minit), manakala juara bertahan Jonas Vingegaard di tempat kelima dengan ketinggalan 1 minit 14 saat.

    Healy, 24 tahun, menjadi pelumba Ireland pertama memenangi peringkat Tour de France sejak Sam Bennett menjuarai peringkat di Champs Elysees pada tahun 2020.

    “Ia sangat menyeronokkan, dan apabila kami berjaya melepaskan diri, saya bincang dengan kereta pasukan dan memilih tempat yang tidak dijangka untuk menyerang,” kata Healy.

    “Saya sangat bangga mewakili Ireland. Saya berasal dari keluarga Ireland, dan walaupun saya tidak lahir di sana, itu adalah pilihan yang saya buat sejak muda,” tambahnya. – AFP

    Pelumba basikal Ireland, Ben Healy, muncul sebagai juara dalam peringkat keenam Tour de France selepas menyelesaikan kayuhan solo yang mencabar dan panjang di barat laut Perancis. – AFP
    Ben Healy, berkayuh secara solo dalam satu aksi pecahan pada peringkat keenam edisi ke-112 perlumbaan berbasikal Tour de France, sejauh 201.5 km antara Bayeux dan Vire Normandie, di barat laut Perancis, pada 10 Julai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda