Wednesday, October 30, 2024
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Benam Arab Saudi tonik UAE hadapi Iraq

    AL-AIN, Emiriah Arab Bersatu, 30 Ogos – UAE mengekalkan harapan kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia dengan kemenangan 2-1 di gelanggang sendiri menentang gergasi serantau Arab Saudi semalam.

    Kemenangan keempat dalam sembilan perlawanan bagi negara Emiriah itu memberikan mereka 13 mata untuk berada di tangga keempat dalam Kumpulan B dalam pusingan akhir kelayakan Asia.

    Kemenangan UAE di Al-Ain semalam lebih menarik kerana mereka bangkit dalam tempoh seminit selepas ketinggalan satu jaringan di belakang Arab Saudi.

    Tuan rumah bolos sepakan penalti apabila Mohamed Fawzi mengasari Nawal al-Abid dalam dan Al-Abid sendiri menyudahkan jaringan menerusi rembatan kaki kiri untuk memastikan Arab Saudi di depan pada minit ke 20 tetapi keraian Arab Saudi hanya seketika apabila tuan rumah menjaringkan gol penyamaan.

    Hantaran lintang Tariq Ahmed mendapatkan Ali Mabkhout dan bintang dari UAE itu tidak melakukan kesilapan dengan meledakkan rembatan kaki kanan dari tengah kotak penalti ke sudut bawah.

    Selepas separuh masa pertama, Arab Saudi mendapatkan peluang keemasan untuk berada di depan sekali lagi tetapi tandukan kencang dari kapten pasukan Osama Hawsawi hanya singgah di palang.

    Tetapi dengan perlawanan baru saja memasuki satu jam, Ahmed Khalil melengkapkan kebangkitan UAE dengan rembatan mengejut dari luar kotak penalti melepasi bahagian kiri gawang untuk menewaskan penjaga gol Arab Saudi Abdulla al-Mayouf. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda