KOTA KINABALU, 27 SEPT – Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan sehubungan itu, semua 134 mangsa banjir daripada 46 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Selagon telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Menurut kenyataan itu, PPS Dewan Selagon yang dibuka susulan bencana banjir yang berlaku akibat hujan lebat berterusan itu ditutup pada 10:30 pagi tadi.
“Hasil pemantauan dan penilaian oleh agensi keselamatan yang terlibat, keadaan banjir telah pulih sepenuhnya. Mangsa dari lima kampung di Beaufort yang terjejas akibat banjir dibenarkan pulang setelah situasi selamat,” menurut kenyataan itu. – Bernama