Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Benda remeh tak perlu nak gaduh

    Penyanyi Naqiu menasihatkan mana-mana kumpulan atau band yang telah berpecah supaya tidak bertelagah mengenai penggunaan nama yang sama.

    Kata Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 37, isu itu hanyalah perkara yang remeh dan tidak sepatutnya berlaku.

    Sebaliknya Naqiu menasihati supaya mereka percaya pada rezeki dan terus menghasilkan karya berkualiti untuk kekal relevan dalam industri muzik tanah air.

    “Kalau nak berkarya tu berkarya sahajalah, tak kira guna nama apa pun boleh je berkarya.
    “Kalau rezeki awda dengan karya itu mungkin nama baharu itu akan lebih terkenal dari sebelumnya.

    “Benda remeh temeh ni tak perlulah sampai nak bergaduh sebab industri kita kecil dan akan saling berjumpa juga dan tak guna nak bermusuh dalam industri,” katanya kepada mStar.

    Dalam perkembangan lain, Naqiu merupakan salah seorang daripada 15 peserta All Stars Gegar Vaganza dan penyanyi itu merasakan Hady Mirza dan Jaclyn Victor sebagai saingan tersengit buat dirinya.

    “Yang akan memeningkan kepala saya dan merisaukan saya adalah Hady Mirza sebab saya dah tengok dia selama 11 minggu sewaktu Gegar Vaganza musim keenam.

    “Dan sudah tentu Jaclyn Victor juga salah satu saingan terkuat,” ujarnya. – Agensi

    Naqiu merupakan salah seorang daripada 15 peserta All Stars Gegar Vaganza. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda