SEOUL, 30 Mac – Korea Selatan merancang untuk membenarkan pasukan bola sepak negara itu untuk membuat kunjungan yang jarang sekali dibuat ke Utara minggu depan, menurut negara itu hari ini, meningkatkan prospek berkibarnya bendera Selatan di Pyongyang.
Kumpulan kelayakan Piala Asia AFC Wanita akan berlangsung di ibu negara Utara bermula Isnin depan, dengan kedua musuh Korea itu dijangka bertemu Jumaat depan.
Ia akan menjadi satu perlawanan bola sepak penuh persaingan antara dua Korea di Utara, berbanding perlawanan persahabatan biasa, sama ada bagi pasukan lelaki atau wanita.
Kedua jiran itu secara teknikalnya masih berada dalam konflik selepas berakhirnya Perang Korea 1950-53 dengan perjanjian gencatan senjata berbanding perjanjian keamanan, dan hubungan antara mereka semakin teruk dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Tetapi pegawai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) memberitahu AFP bahawa perlawanan-perlawanan di Pyongyang akan diadakan menurut undang-undang protokol FIFA, yang kebiasaannya memerlukan bendera kedua buah negara dikibarkan di stadium dan lagu kebangsaan dimainkan sebelum sepak mula.
Seoul menggesa rakyatnya mendapatkan kebenaran sebelum pergi ke Utara, memberikannya veto dalam kunjungan itu.
Ia telah meminta jaminan keselamatan dari Utara sebelum meluluskan perjalanan pasukan wanita dan kementerian penyatuan, yang mengawasi hubungan dengan Pyongyang, berkata ia telah menganbungkan dalam satu e-mel kepada pihak berkuasa bola sepak.
“Kementerian itu kemungkinan besar memberikan lampu hijau” apabila Persatuan Bola Sepak Korea memfailkan permohonan kebenaran rasmi, menurut pegawai kementerian itu. – AFP