BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara yang berlangsung dengan acara penuh kegemilangan dan kemegahan negara di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, hari ini memulakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 tahun.
Hadir selaku tetamu kehormat pada upacara itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerana Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-72 Tahun.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)