Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Pelajar Bengkel Hadrah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, telah mengadakan Bengkel Mengenali Asas Pukulan Hadrah (Raini) kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) yang mengikuti Kelab Soutul Hadrah SMALHB.
Antara objektif bengkel adalah untuk mengajar dan melatih pelajar-pelajar SMALHB bunyi pukulan hadrah di samping memupuk minat para pelajar dalam mempertahankan kesenian dan kebudayaan hadrah serta memperkukuhkan kesediaan mahasiswa dan mahasiswi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/05/1A.jpg)