Saturday, November 16, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel ajar cara hasilkan makanan ikan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Pertanian (FoA) hari ini menganjurkan Bengkel Formulasi Makanan Ikan
    sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-13.

    Antara lain objektif bengkel itu adalah untuk membantu penternak akuakultur dan industri ikan di negara ini dalam mengurangkan kos pengimportan makanan ikan dari luar negara,
    Bengkel telah dikendalikan oleh Penolong Kanan Profesor Fakulti Pertanian, Dr Mohammad Bodrul Munir.

    UNISSA telah menunjukkan kepada usahawan akuakultur Brunei dan pihak berkepentingan yang berkaitan tentang cara merumus makanan ikan menggunakan bahan makanan tempatan.

    Ia akan membantu mengekalkan harga ikan pada tahap yang berpatutan, menyediakan pekerjaan, peluang perniagaan kepada perusahaan mikro dan usahawan di luar bandar untuk menceburi bidang penternakan ikan selain menjadi pembekal bahan makanan mentah.

    Makanan ikan biogenik berpotensi untuk dihasilkan secara komersial di persekitaran Borneo.

    Antara yang hadir semasa bengkel berkenaan. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda