Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel ajar penulisan esei sastera berkualiti

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Seramai 38 orang Pegawai dan Kakitangan Kerajaan mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi, serta peserta persendirian hari ini menyertai Bengkel Penulisan Esei Ilmiah Sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Sastera dan Majalah selama tiga hari bermula hari ini (11 Jun) hingga 13 Jun ini, membuka tirainya hari ini dengan Majlis Pelancaran yang berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

    Hadir selalu tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan bengkel berkenaan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin.

    Turut Hadir untuk membimbang bengkel berkenaan ialah Prof. Madya Dr. Salmah Jan binti Noor Muhammad dari Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

    Bengkel berkenaan akan membentangkan beberapa sesi kertas kerja antaranya pengenalan umum penulisan esei ilmiah,Jenis penulisan Esei Ilmiah, Kriteria penulisan Esei Ilmiah, Pemahaman Struktur Esei Ilmiah,Teknik Penulisan Esei Ilmiah mengenai Teknik Penulisan Abstrak dan Pengenalan dan Teknik Penulisan Esei Ilmiah mengenai Pembangunan Isi Esei.

    Bengkel tersebut diadakan antara lain sebagai usaha DBP menghasilkan penulisan esei sastera berkualiti.

    Bengkel itu juga bertujuan untuk memartabatkan dan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan mendukung visi dan misi Dewan Bahasa dan Pustaka; memberikan bimbingan dan kefahaman dalam menguasai penulisan esei ilmiah sastera yang berhubung dengan prinsip-prinsip penulisan dalam bahasa Melayu yang berkualiti;

    Ia juga bagi memastikan peserta dapat mengaplikasikan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dan berupaya memperoleh kemahiran baharu secara berterusan, di samping meningkatkan bahan penulisan esei ilmiah sastera dari aspek kandungan, bahasa dan teknik penulisan; dan meningkatkan program-program yang menjurus pembangunan kapasiti melalui kegiatan dan persuratan.

    Pemangku Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka semasa merasmikan bengkel tersebut.
    Antara yang menghadiri Bengkel Penulisan Esei Ilmiah Sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada hari ini.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda