Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel asas Bahasa Isyarat berakhir

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Bengkel Asas Bahasa Isyarat yang berlangsung selama tiga hari di Dewan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, Temburong telah berakhir dengan majlis penyampaian sijil.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil kepada seramai 22 orang peserta ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan dan Kemasyarakatan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Bokok, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu yang juga peserta bengkel dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim.

    Majlis berkenaan juga dimeriahkan dengan persembahan nyanyian ‘Oh Kanak-Kanak’ menggunakan Bahasa Isyarat oleh peserta bengkel serta tayangan video pendek mengenai aktiviti yang diadakan oleh para peserta sepanjang mengikuti bengkel tersebut.

    Para peserta bengkel anjuran Bahagian Orang Kelainan Upaya (OKU), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) itu terdiri daripada ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Temburong dan majlis perundingan kampung (MPK) di Daerah Temburong.

    Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai bengkel Bahasa Isyarat bolehlah menghubungi Bahagian OKU di talian 2330315 atau e-mel kepada pusatbahagia@gmail.com.

    Peserta bengkel semasa membuat persembahan menggunakan Bahasa Isyarat semasa majlis tersebut. – Gambar serahan JAPEM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda