Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel Asas Juruacara labuh tirai

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Seramai 17 orang peserta yang telah menghadiri Bengkel Asas Juruacara Majlis yang diadakan selama empat hari menerima sijil Juruacara Majlis di Pusat Perkembangan dan Penyelidikan Radio Televisyen Brunei (RTB), Kampung Madang Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta bengkel ialah Pemangku Timbalan Pengarah RTB, Cheong Chee Keong.

    Salah seorang peserta bengkel menjelaskan kesedaran akan kepentingan peranan juruacara dalam menyempurnakan perjalanan sesebuah majlis adalah perlu agar mereka mengetahui serba sedikit peranan dan asas tentang menjadi seorang juruacara. Haji Hasnan bin Haji Suhaili menambah, bengkel anjuran RTB itu berupaya membentuk keyakinan yang tinggi bagi para peserta ketika berhadapan dengan khalayak.

    Sementara itu, Awang Headillah Zainuddin yang juga tenaga pengajar di Sekolah Menengah Mentiri berpendapat dengan adanya bengkel berkenaan, bukan hanya setakat peranan dan tanggungjawab, malah etika dan penggunaan tatabahasa yang betul juga perlu dititik beratkan agar menjadi juruacara yang berkaliber dan berkeyakinan.

    Dalam pada itu, peserta bengkel juga berharap agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh daripada bengkel tersebut dapat membantu dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa untuk menjadi seorang juruacara yang profesional, berintegriti dan versatil. Peserta bengkel, Penerbit Kanan RTB, Dayang Nur Faralisa Nabilah binti Zulfikri menjelaskan bengkel tersebut amat berguna dalam menambah keyakinan diri ketika mengendalikan sesebuah acara.

    Koperal 5412 Fauziah binti Awang Untung dari Pasukan Polis Diraja Brunei pula berpendapat bengkel itu banyak memberi ilmu dan panduan berguna yang dapat diguna pakai sebagai seorang penyampai.

    Salah seorang peserta bengkel menerima sijil penyertaan daripada tetamu kehormat. – Gambar serahan RTB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda