Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel bantu jana pendapatan melalui perniagaan

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Mitsubishi Corporation dengan kerjasama Green Brunei selaku rakan kongsi pelaksanaan serta sokongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pusat Pembangunan Belia (PPB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKB) akan bekerjasama bagi program pembangunan kemasyarakatan sepanjang bulan di Kampong Ayer.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Green Brunei, di sini, projek itu melibatkan kerja-kerja membaik pulih jambatan di Kampung Sungai Pandan.

    Di samping itu, tujuh bengkel yang mengetengahkan kemahiran kulinari dan membuat kuih juga ditawarkan kepada penduduk Kampong Ayer yang dipermudahkan oleh PPB bermula 4 November.

    Pelaksanaan program itu bermatlamat untuk membantu penduduk dan memberikan motivasi kepada mereka dalam memperbaiki kehidupan mereka daripada segi perspektif pendidikan dan keselamatan.

    Kursus-kursus bengkel yang diadakan diharap dapat menyediakan kemahiran dan pengetahuan tambahan kepada masyarakat Kampong Ayer untuk membantu mereka menjana pendapatan melalui kegiatan perniagaan.

    Selain daripada memberikan peluang kepada mereka untuk membangunkan perniagaan berasaskan rumah, para pelatih juga berpeluang untuk menjual produk-produk mereka pada masa hadapan melalui program-program di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

    Projek berkenaan menunjukkan komitmen Mitsubishi Corporation bagi menyokong pembangunan masyarakat di negara ini.

    ATAS & BAWAH: Antara peserta bengkel yang hadir semasa program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN GREEN BRUNEI
    GAMBAR SERAHAN GREEN BRUNEI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda