Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Bengkel bercerita tingkatkan pengalaman pelancong

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Seramai 15 pemandu pelancong yang berdaftar dan berlesen di bawah Jabatan Kemajuan Pelacongan, kelmarin, telah menerima sijil dalam Majlis Penyampaian Sijil  Bengkel Bercerita (Storytelling Workshop).

    Penyampaian sijil telah disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan.

    Bengkel selama tiga hari itu dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan antara lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi pemandu pelancong yang mana membolehkan pemandu pelancong menyampaikan cerita dan maklumat dengan berkesan kepada pelancong.

    Di samping itu, ia juga bagi memperlengkapkan pemandu pelancong dengan keupayaan untuk memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pelancong.

    Penceritaan yang berkesan adalah kunci dalam mewujudkan hubungan yang lebih mendalam di antara pemandu pelancong dan pelancong, yang mana penceritaan memainkan peranan menimbulkan emosi dan meningkatkan kepuasan pelancong dengan pengalaman yang menyeronokkan.

    Bengkel berkenaan telah difasilitasi oleh seorang Master Trainer bagi program latihan ‘The Concept of Storytelling’ yang dilantik oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia, dan pengendalian bengkel merangkumi sesi interaktif, aktiviti berkumpulan dan latihan di tapak.

    Sesi bergambar beramai para peserta bersama Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan. – Gambar serahan JKP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...