Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel cat kenderaan tanpa kebenaran diarah roboh

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Seorang pemilik rumah di Kampung Lambak, Mukim Berakas yang didapati membuka bengkel mengecat kenderaan tanpa kebenaran telah mematuhi perintah Autoriti Perancang dengan menghentikan kegiatan bengkel berkenaan, membersihkan dan memulihkan penggunaan asal sebagai rumah kediaman sahaja.

    Jabatan Perancang Bandar dan Desa dalam kenyataannya hari ini, menegaskan, pemilik rumah itu sebelumnya telah menjalankan kegiatan perusahaan bengkel mengecat kenderaan tanpa Kebenaran Perancangan telah diperintahkan untuk menghentikan kegiatan tersebut oleh Autoriti Perancang kerana telah melanggar Seksyen 23(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa, 2015 (TCPO).

    Kegiatan itu juga didapati dijalankan secara tidak teratur dan boleh membahayakan kawasan sekitarnya selain tiada memohon kebenaran daripada Autoriti Perancang.

    Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk mematuhi undang-undang perancangan khususnya Seksyen 23 TCPO dan jika melakukan kesalahan boleh dihukum denda maksimum $200,000 dan denda tambahan tidak melebihi $10,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabit kesalahan.

    Bagi sebarang aduan dan khidmat nasihat perancangan orang ramai bolehlah menghubungi talian hotline Jabatan Perancang Bandar dan Desa di 8200222 atau melalui e-mel di tcp.aduan@tcp.gov.bn.

    Keadaan bengkel mengecat kenderaan selepas dirobohkan, manakala gambar sisipan sebelum diarah dirobohkan.- Gambar serahan Jabatan Perancang Bandar dan Desa
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda