Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel diarah henti kegiatan, patuhi peraturan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Sebuah perusahaan bengkel kenderaan yang terletak di Kampung Kilanas, Mukim Kilanas telah diarahkan untuk menghentikan aktiviti dan merobohkan kemajuannya kerana telah melanggar Bab 23(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa, penggal 248 (TCPA) iaitu menjalankan kegiatan perusahaan tanpa Kebenaran Perancangan.

    Menurut kenyataan, kegiatan tersebut dijalankan di atas dua tanah kediaman yang tidak sesuai untuk tujuan perusahaan bengkel kenderaan.

    Kegiatan tersebut didapati telah dijalankan secara tidak teratur dan boleh membahayakan kawasan sekitarnya.

    Kegiatan berkenaan tidak pernah dipohonkan kepada Autoriti Perancang. Pemilik tanah tersebut telah mematuhi perintah Autoriti Perancang dengan menghentikan kegiatan bengkel berkenaan, membersihkan dan memulihkan penggunaan tanah tersebut kepada asal.

    Pemilik juga telah memindahkan kegiatan tersebut di kawasan industri yang berdekatan dengan kawasan tersebut.

    Pemajuan dan perubahan penggunaan tanpa Kebenaran Perancangan boleh menyebabkan bahaya dan menjejaskan keselamatan orang ramai.

    Oleh itu, orang ramai diingatkan untuk mematuhi undang-undang perancangan khususnya Seksyen 23 TCPA yang memperuntukkan tiada seorang pun boleh melaksanakan pemajuan atas tanah, memecah atau menyatukan mana-mana tanah atau melaksanakan apa-apa kerja di dalam suatu kawasan pemuliharaan tanpa Kebenaran Perancangan.

    Kesalahan itu boleh dihukum dengan denda maksima $200,000 dan denda tambahan tidak melebihi $10,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabit kesalahan.

    Sebarang aduan dan khidmat nasihat perancangan orang ramai bolehlah menghubungi talian hotline Jabatan Perancang Bandar dan Desa di 8200222 atau melalui e-mel di tcp.aduan@tcp.gov.bn.

    ATAS & BAWAH: Gambar menunjukkan bengkel sebelum dan selepas dirobohkan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda