Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel Kerja Berpasukan PSIP tutup tirai

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN 9 JUN – Bagi memupuk semangat kerjasama serta hubungan yang kukuh dan berpanjangan antara ahli dalam sesebuah pasukan, Kementerian Pendidikan (MOE) melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan (BBP), Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPK), hari ini, telah menganjurkan Majlis Penutup Bengkel Kerja Berpasukan Pasukan Sukarelawan Institusi Pendidikan (PSIP).
     
    Bengkel dua hari itu telah diadakan di Dewan Serbaguna, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C) yang bertujuan memberikan peluang kepada ahli PSIP untuk melontarkan pandangan dalam sesebuah aktiviti sekali gus diharap agar dapat melahirkan masyarakat yang bersifat pemimpin.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada peserta bengkel itu ialah Pengarah Sekolah-sekolah, MOE, Hajah Marina Chek binti Bujang. 
     
    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Penyusun Kegiatan Luar, JPK, MOE, Awang Muhammad Samira Razin bin Abdullah Sambut. 
     
    Turut hadir, Ketua BBP, JPK, MOE, Hajah Rosediana binti Haji Hidop.
     
    Tetamu kehormat majlis bergambar ramai bersama para peserta bengkel tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara sukarelawan yang menyertai bengkel tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda