Monday, December 16, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel ketengahkan budaya Brunei

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 28 OGOS – Seramai 82 orang pelajar kelas Melayu Islam Beraja (MIB) di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) berpeluang memahami lagi tradisi Brunei dalam Bengkel Kebudayaan dan Tradisi di Dewan Serba guna IBTE SBC, kelmarin.

    Ia diungkayahkan oleh tenaga pengajar MIB dari kampus tersebut dan dimudahcarakan oleh bekas peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) ke-41.

    Antara aktiviti yang diadakan termasuk cara betul memakai sinjang dan dastar. Di samping itu, para pelajar juga berpeluang mempelajari tarian Brunei.

    Tujuan bengkel adalah untuk mendedahkan para pelajar dengan cara kehidupan sosio masyarakat, budaya dan tradisi yang terdapat di negara ini. Di samping itu, ia juga menyelitkan sikap bekerjasama, tolong-menolong, bersatu padu dan setiakawan sesama pelajar serta masyarakat yang sering diamalkan oleh orang-orang Brunei.

    Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda