Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bengkel khas untuk pelanggan BMW

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Pengimport dan pengedar tunggal kenderaan jenama BMW di Brunei Darussalam, QAF Auto, hari ini mengumumkan satu siri bengkel baharu, bermula September ini, untuk para pelanggan BMW di Brunei dengan maklumat tentang cara dan masa untuk servis kereta mereka, semakan tentang penyelenggaraan kenderaan yang perlu dibuat dan perkhidmatan tambahan yang tersedia bagi mereka yang ingin memberikan penjagaan istimewa kepada kenderaan kesayangan mereka.

    Bengkel yang diadakan pada hari ini dihadiri oleh pelanggan-pelanggan setianya di Brunei, bertempat di Pusat Servis QAF Auto.

    “Kami mahu menggalakkan pelanggan kami, baik lama mahupun baharu, untuk lebih memahami kenderaan BMW mereka supaya mereka boleh menikmati pengalaman pemilikan yang lancar,” kata Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo.

    “Bengkel-bengkel ini akan diadakan di Pusat Servis QAF Auto dan kami akan mempertingkatkan lagi cara melibatkan diri dengan pelanggan serta memberikan mereka perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bersifat peribadi,” tambahnya.

    Antara topik-topik utama yang dibangkitkan dalam bengkel tersebut termasuk pemeriksaan tekanan tayar, paras minyak enjin dan mesej kawalan, pemeriksaan fizikal brek, tayar, paras minyak, cecair pencuci, servis asas dan penyelenggaraan minyak enjin dan brek.

    Selain itu, peserta bengkel turut diberi penerangan mengenai panduan dan langkah demi langkah berkaitan kemalangan dan proses kerosakan, termasuk insurans dan topik bantuan di tepi jalan; pakej servis dan jaminan; dan alat ganti dan aksesori BMW yang original.

    Untuk maklumat lanjut atau sekiranya awda berminat untuk mendaftar dalam salah satu bengkel tersebut, bolehlah melayari laman sesawang mereka.

    Peserta bengkel diberikan penjelasan mengenai pemeriksaan fizikal brek, tayar, paras minyak dan cecair pencuci.
    Sesi bergambar ramai bersama para peserta bengkel.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...