Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel kitar semula tingkat kesedaran pembaziran tekstil

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Peserta Program Eksekutif Muda Kohort 10 di bawah Institut Perkhidmatan Awam (IPA) baru-baru ini menyertai Bengkel Kitani ReStyle: Pengitaran Semula Tekstil yang diadakan di Pusat Pembangunan Belia (PPB).

    Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Projek BajuRaid yang dikendalikan oleh pasukan Bajuraiders.

    Bengkel dianjurkan dengan kerjasama La Vida Berhad, PPB, dan Daun Co selaku fasilitator bengkel. Program berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu pembaziran tekstil, memupuk amalan kelestarian, dan memberi pendedahan kepada kemahiran asas pengitaran semula tekstil melalui teknik jahitan dan rekaan kreatif.

    Selain itu, ia juga membuka peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan melalui produk yang dihasilkan.

    Sepanjang bengkel, peserta mengikuti sesi penerangan mengenai kelestarian tekstil, perkongsian inspirasi, dan sesi praktikal selama tiga jam di bawah bimbingan Daun Co dan tenaga pengajar PPB. Peserta berpeluang menghasilkan produk unik daripada pakaian terpakai yang boleh digunakan semula seperti beg jinjing.

    Projek BajuRaid berhasrat memupuk kesedaran kelestarian alam sekitar dan memperkukuh keterlibatan komuniti dalam mengurangkan sisa tekstil, selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

    Para peserta bergambar ramai semasa bengkel tersebut. – GAMBAR SERAHAN IPA
    Antara hasil produk yang dihasilkan semasa bengkal berkenaan. – GAMBAR SERAHAN IPA
    Salah seorang peserta berpeluang menghasilkan produk unik semasa bengkel berkenaan. – GAMBAR SERAHAN IPA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda