Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bengkel kongsi program celik kewangan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Shell Exploration and Production Brunei (SEPB) baru-baru ini telah bekerjasama dengan Big BWN Project melancarkan siri bengkel mengenai pendidikan sisa sifar di seluruh sekolah di negara ini.

    Bengkel ini adalah sebahagian dari inisitiaf sisa sifar Brunei Big BWN selain itu BIBD dan Big BWN Project turut menyampaikan program celik kewangan.

    Hadir bagi melancarkan inisiatif itu, Pengarah Urusan BIBD dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri; Pemangku Pengarah Urusan BIBD Securities (BIBDS) Jason Wong; Pengarah Urusan SEPB, Marten Adema; Ketua Pusat STEP, Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim dan juga Pengasas Big BWN Project, Noor Hafizah Rashid.

    Majlis itu turut menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU), yang mana MoU yang pertama ditandatangani di antara BIBD, SEPB dan Big BWN Project untuk program sisa sifar pendidikan. Sementara perjanjian kedua telah ditandatangani di antara BIBDS dan Big BWN Project bagi program pendidikan celik kewangan.

    Inisiatif itu akan berlangsung selama setahun yang akan melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah di seluruh negara dengan pengisian sesi interaktif dan aktiviti menarik yang memfokuskan kepada dua bidang utama iaitu pendidikan sisa sifar dan celik kewangan.

    Awang Junaidi, Jason Wong, Marten Adema, Hajah Suriani dan Noor Hafizah semasa memeterai perjanjian pada majlis berkenaan. – Gambar serahan BIBD
    Gambar serahan BIBD

    Program ini antara lain bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran bagi amalan mampan dan untuk membuat keputusan kewangan bagi masa depan yang lebih mampan.

    Siri bengkel bertajuk ‘Jangan Membazir, Lebih Jimat: Bengkel Pendidikan Celik Kewangan dan Sisa Sifar‘ akan dijalankan dengan kerjasama Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) Kmenterian Pendidikan untuk program outreach Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM).

    Inisiatif ini juga akan dijalankan di bawah tonggak strategik Impak Sosial Inklusif Rangka Kerja Kelestarian BIBD, yang bertujuan untuk menyokong matlamat Wawasan Brunei 2035 nombor 3 untuk mewujudkan rakyat negara yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berprestasi.

    Ia juga selaras dengan prinsip Maqasid Syariah memelihara akal, akidah, nyawa dan kekayaan serta komitmen global seperti matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), khususnya SDG 1 (Tiada Kemiskinan), SDG 2 (Sifar Kelaparan), SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 5 (Kesaksamaan Jantina), SDG 8 (Pekerjaan Memuaskn dan Pertumbuhan Ekonomi), SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamaan) dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat).

    Pusat STEP, dalam satu kenyataan berkata, kempen sisa sifar merupakan salah satu pakej yang tersedia dalam Program Jangkauan STEAM yang dilaksanakan oleh Pusat STEP, Kementerian Pendidikan, dengan kerjasama Big BWN Project. Siri bengkel ini terbuka kepada semua sekolah di seluruh negara, terutama di kawasan luar bandar untuk Tahun 4 hingga 12 dan akan dilaksanakan di seluruh negara, dengan pertandingan antara sekolah akan berlangsung menjelang akhir projek tahun depan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...