Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel latih warga emas kenali AI

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Seramai lebih 100 warga emas berpeluang mendekati teknologi masa depan melalui Bengkel Mengenali Kecerdasan Buatan (AI) bagi Warga Emas yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Lambak Kanan 2, Berakas, pagi tadi.

    Bengkel anjuran Kumpulan WELEARN.AI (Warga Emas Learning AI) itu merupakan salah satu projek Community Outreach di bawah Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Pengurusan Pertengahan kali ke-36 (EDPMMO-36) dengan tujuan meningkatkan kesedaran mengenai teknologi AI serta menggalakkan penggunaannya secara positif dalam kalangan warga emas.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan bengkel ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

    YB Dayang Chong Chin Yee hadir selaku tetatmu kehormat.

    Bengkel tersebut turut menampilkan perkongsian daripada Pasukan Polis Diraja Brunei, Cyber Security Brunei, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Payung Aman yang membincangkan pelbagai aspek penggunaan teknologi serta keselamatan digital.

    Inisiatif tersebut turut mendapat sokongan daripada rakan kongsi dan penaja termasuk BIBD, Imagine Sdn Bhd, Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Payung Aman, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Pusat Kegiatan Warga Emas Brunei Muara dan Pertubuhan WARGAMAS.

    Semua di atas: Antara suasana semasa bengkel berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda