Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bengkel pelajari keperluan bagi struktur pengurusan

    Oleh Syahmi Hassan –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Siri Pemerkasaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Bank Baiduri ke-11, dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) melalui Darussalam Enterprise (DARe), telah menampilkan bengkel komprehensif mengenai Unlocking MSMEs Brilliance: Business Management and Oversight.
     
    Bengkel yang berlangsung di Bangunan iCentre, Taman Teknologi Anggerek Desa telah disampaikan oleh SAGE Faculty Expertise: Corporate Governance, B2B Business Development, Charles Harbottle, menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri. 
     
    Mewakili SAGE, penyedia penyelesaian pembelajaran terkemuka, Harbottle merupakan seorang veteran perkhidmatan kewangan selama 35 tahun yang kerjayanya telah melibatkan peranan berhadapan pelanggan di bank pelaburan Mizuho, UBS dan Lehman Brothers.
     
    Pengusaha PMKS tempatan yang menghadiri bengkel tersebut menyelidiki komponen asas tadbir urus korporat, menekankan peranannya dalam membina kepercayaan dan reputasi melalui akauntabiliti, ketelusan dan etika membuat keputusan.
     
    Para peserta mempelajari tentang ciri-ciri ideal lembaga pengarah dan faedah lembaga penasihat. Latihan itu juga menekankan keperluan untuk struktur pengurusan yang jelas, cara berkesan untuk memotivasikan pasukan mereka, dan pengurusan risiko.
     
    Siri Pemerkasaan PMKS adalah inisiatif asas tonggak ekonomi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Baiduri dan bertujuan untuk memberikan perniagaan tempatan akses kepada semua sumber yang diperlukan bagi membangun secara mampan.
     
    Charles Harbottle dan peserta bengkel bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...