Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Sistem pendidikan kita merupakan batu asas di mana masa depan negara kita dibina dan ia juga merupakan platform di mana impian dipupuk, bakat dihalusi dan aspirasi kita berkembang.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama kita untuk memastikan bahawa platform berkenaan adalah mantap, inklusif dan responsif kepada perubahan keperluan masyarakat kita.
Penekanan itu dibuat oleh Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad dalam ucapannya di Perasmian Bengkel Pembangunan Kapasiti Negara Brunei Darussalam – Perancangan Transformasi Sistem Pendidikan yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.
Beliau menyatakan lanjut bahawa Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2023-2027 yang telah dilancarkan baru-baru ini, merupakan pelan jangka sederhana yang meliputi tiga bidang utama yang perlu ditangani masa ini bagi mencapai masa depan yang dihasratkan iaitu Memupuk Pelajar-pelajar Siaga Masa Depan, Meningkatkan Ekosistem Pendidikan Inovatif dan Membangunkan Sumber Manusia.
Oleh itu, tambahnya, penyejajaran pelan berkenaan dengan matlamat Wawasan Brunei 2035 dan pelbagai komitmen antarabangsa seperti Agenda Pendidikan 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan, adalah untuk memastikan bahawa hala tuju kita kekal tertumpu serta tindakan kita kekal relevan.
Pada masa yang sama, penggunaan pakai Peta Jalan bagi Deklarasi Transformasi Digital Sistem Pendidikan dalam ASEAN akan membantu kita untuk maju ke hadapan di mana ia menjadi panduan untuk memperbaiki penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.