Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Sebanyak 18 ejen pelancongan telah menyertai dan berjaya menamatkan Bengkel Pembangunan Pakej yang berlangsung di Bilik Mesyuarat VIP, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan pada 19 Jun lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, di sini, menyatakan bahawa bengkel sehari itu bermatlamat untuk melengkapkan para ejen pelancongan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan pakej-pakej pelancongan yang menarik bagi memenuhi permintaan pelbagai pelanggan serta mengetengahkan kekayaan tawaran pelancongan Brunei.
Sesi bengkel berkenaan telah dikendalikan oleh beberapa orang pegawai jabatan itu yang menekankan pentingnya penggunaan peralatan digital bagi promosi dan pemasaran. Program itu merangkumi siri taklimat, perbincangan dan latihan bagi memupuk persekitaran pembelajaran kolaboratif.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.