Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel persiapkan pelajar hadapi peperiksaan PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Seramai 154 orang murid Tahun 6 dan guru-guru Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menyertai Bengkel Pelajar Cemerlang di dewan sekolah berkenaan, kelmarin.

    Program merupakan salah satu inisiatif merealisasikan potensi diri dan membina keyakinan murid yang akan menghadapi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun ini di samping memberi peluang kepada para pelajar bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman bagi mencari penyelesaian masalah yang dihadapi.

    Ceramah motivasi pada bengkel tersebut telah disampaikan oleh Kaunselor Penjara, Awang Fariszal bin Ali yang telah memberikan nasihat kepada murid dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang.

    Antara pelajar Tahun 6 semasa menyertai bengkel di Dewan Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, baru-baru ini.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda