Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Seramai 154 orang murid Tahun 6 dan guru-guru Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menyertai Bengkel Pelajar Cemerlang di dewan sekolah berkenaan, kelmarin. Program merupakan salah satu inisiatif merealisasikan potensi diri dan membina keyakinan murid yang akan menghadapi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR)