Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel pidato akan diadakan Mac nanti

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan menganjurkan Bengkel Bimbingan Pidato bagi tahun 2024 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 (HK-40) dan Bulan Bahasa.

    Bengkel berkenaan akan diadakan pada 6 dan 9 Mac depan (tertakluk kepada jumlah penyertaan), pukul 2 hingga 4 petang bertempat di Balai Sarmayuda, DBP, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

    Syarat penyertaan diberikan kepada belia berumur antara 15 hingga 35 tahun bagi warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam; mempunyai minat yang mendalam terhadap pengucapan awam atau pidato dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 29 Februari nanti.

    Peserta yang mengikuti bengkel disarankan untuk mengikuti Pertandingan Pidato Kebangsaan 2024 sempena Sambutan Bulan Bahasa dan HK-40.

    Orang ramai yang berminat untuk menyertai bengkel berkenaan boleh menghubungi Urus setia Bengkel Bimbingan Pidato 2024 Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa di talian 2382511 sambungan 159/330/158 atau e-mel pidato.kbrunei@dbp.gov.bn

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda