Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Lebih kurang 30 orang telah menyertai Bengkel ‘Blue Ocean Shift: Beyond Competing, Toward Creating’ yang dikendalikan oleh pakar runding dari Institut Blue Ocean Strategy bagi membantu perniagaan tempatan untuk memupuk tahap keyakinan dalam pasukan dan mencapai pembangunan baharu dalam pasaran.
Bengkel yang diadakan di Hotel Radisson sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Perniagaan Tempatan (LBD) itu mengetengahkan Raj Kumar yang pakar dalam topik yang dibincangkan.
Disertai oleh para pemilik perniagaan, pengurus dan eksekutif korporat tempatan, bengkel itu membantu sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembangunan, produk dan perkhidmatan dengan menyediakan latihan dan penerangan serta melalui proses lima Iangkah yang sudah terbukti bagi mencapai ‘Blue Ocean Shift.’
Tujuannya bukan untuk bersaing tetapi untuk mencipta nilai bagi pembeli, syarikat dan para pekerja sementara mengurangkan atau mengeluarkan ciri titik sukar yang tidak diperlukan dalam pasaran masa ini dan masa depan.
Sementara itu, Blue Ocean juga diasaskan untuk potensi pasaran bebas yang lebih luas dan mendalam dengan persaingan. Dalam Blue Ocean juga terdapat peluang yang sangat banyak bagi pertumbuhan yang sangat pantas.
Semasa bengkel tersebut, Raj Kumar menjelaskan bahawa asas strategi Blue Ocean adalah ‘inovasi nilai’, usaha mencari perbezaan dan juga kos yang rendah.
Matlamatnya bukan untuk tidak bersaing, tetapi untuk mewujudkan nilai bagi pembeli, syarikat, dan pekerjanya, pada masa yang sama untuk mengurangkan atau menghapuskan ciri-ciri ‘pain points, yang tidak begitu penting bagi pasaran semasa atau masa hadapan.
Raj Kumar merupakan pegawai eksekutif UCSI Blue OceanStrategy Consulting, Malaysia, yang telah membantu merumuskan strategi ‘Blue Ocean’ untuk syarikat farmaseutikal terkemuka di dunia, bank terbesar di Asia, agensi media terbesar di Asia, sebuah institusi pendidikan terkemuka di Asia Tenggara dan projek pembangunan hartanah yang mega di rantau ini.
Bengkel berkenaan adalah susulan daripada Forum LBD yang telah berlangsung kelmarin.
Program LBD 2018 dianjurkan oleh Asia Inc Forum dengan kerjasama Bank Baiduri selaku rakan kongsi utama, Borneo Bulletin dan Media Permata selaku rakan kongsi percetakan dan media digital serta MMW sebagai rakan kongsi kreatif.