Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel selaras inisiatif tangani isu buli

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, berempati dan kondusif di semua institusi pendidikan, Kementerian Pendidikan mengadakan sesi ketiga Bengkel Rangka Kerja Dasar Kementerian Pendidikan mengenai Pendekatan Pendidikan Secara Menyeluruh bagi Mencegah dan Menangani Isu Buli yang berlangsung di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, di sini, menyatakan hadir selaku tetamu kehormat dan fasilitator utama bengkel berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

    Bengkel itu dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dari jabatan-jabatan di Kementerian Pendidikan.

    Kira-kira 60 orang pelbagai pihak berkepentingan daripada agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menghadiri bengkel berkenaan.

    Bengkel itu dibahagikan kepada tiga sesi yang dimulakan dengan mengenal pasti masalah dan isu semasa, diikuti dengan sesi kedua iaitu inisiatif masa depan serta
    sesi ketiga iaitu petunjuk prestasi serta diakhiri dengan Learning Circle.

    Bengkel bermatlamat untuk menyelaras dan menyatukan inisiatif daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam menyokong rangka kerja dasar melalui pendekatan pendidikan menyeluruh untuk mencegah dan menangani buli.

    Ia juga diharap dapat membangun dan mengenal pasti petunjuk prestasi utama (KPI) untuk memantau dan menilai rangka kerja dasar pendekatan pendidikan menyeluruh untuk mencegah dan menangani buli bagi memastikan ia adalah berkesan dan mampan.

    Antara yang mengikuti bengkel tersebut. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda