Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel sempurna jenazah diteruskan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Seramai 24 Muslimah dari Daerah Belait baru-baru ini telah mengambil bahagian dalam Bengkel Menyempurnakan Jenazah yang dianjurkan oleh Masjid Pekan Seria dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait dan ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan.

    Bengkel tersebut dikendalikan oleh dua orang pengajar, iaitu Dayang Norkasidah binti Abdullah dan Dayang Nooryani binti Matusin.

    Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada program berterusan Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah, yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan wanita Muslim yang mengambil bahagian dalam bengkel berkenaan.

    Bengkel tersebut memberikan penerangan teori dan praktikal mengenai tatacara pengurusan dan penyempurnaan jenazah, dengan matlamat untuk meningkatkan keyakinan peserta dalam mengendalikan jenazah dengan betul.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk merangsang minat para Muslimah dalam membentuk kumpulan penggapai di masjid-masjid, dengan harapan agar lebih ramai individu dapat memperoleh khidmat bantuan penggapai dalam menyempurnakan jenazah, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

    Para muslimah dari Daerah Belait semasa mengikuti bengkel tersebut yang diadakan di Masjid Pekan Seria.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda