Monday, January 27, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel terokai strategi pasaran baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Dalam usaha berterusan untuk menyokong pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Brunei, Bank Baiduri, dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) melalui Darussalam Enterprise (DARe), telah mengadakan bengkel New Market Entry Strategy bertempat di Hab Perusahaan Baiduri, baru-baru ini.

    Bengkel berkenaan telah dibimbing oleh pengasas SAGE dan pakar dalam strategi perniagaan, Kevin Legg.

    Dalam bengkel itu, peserta telah diperkenalkan kepada kad skor kelayakan pasaran untuk menilai dan mengutamakan pasaran yang berpotensi berdasarkan faktor seperti saiz pasaran, potensi pertumbuhan dan persekitaran kawal selia.

    Pendekatan sistematik ini membantu usahawan mengenal pasti pasaran yang paling sesuai dengan objektif perniagaan mereka.

    Selain itu, bengkel tersebut turut menyediakan usahawan tempatan dengan alat dan rangka kerja praktikal untuk berkembang dalam pasaran baharu, di mana dalam ekonomi global hari ini, PMKS menghadapi cabaran dalam mengenal pasti pasaran yang sesuai dan menggunakan strategi yang berkesan.

    Dengan adanya bengkel seumpama ini, ianya dapat menangani halangan yang timbul dengan menawarkan pandangan strategik dan alatan sesuai untuk membantu perniagaan memasuki pasaran baharu dengan yakin.

    Tumpuan utama bengkel itu ialah Matriks Ansoff, alat strategik yang membantu perniagaan menilai peluang pertumbuhan, di mana PMKS meneroka strategi seperti penembusan pasaran dan kepelbagaian untuk menyelaraskan rancangan pertumbuhan berdasarkan realiti pasaran.

    Kerjasama dalam sesi itu juga membolehkan PMKS menjalin rangkaian dan berkongsi pengalaman, seterusnya memupuk komuniti usahawan yang bersedia untuk mengembangkan perniagaan di peringkat antarabangsa.

    Kevin Legg ketika membimbing bengkel tersebut. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda