Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel tingkat kefahaman pengurusan jenazah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Seramai 20 orang peserta terdiri daripada sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) diberikan bimbingan secara teori dan praktikal dalam aspek pengurusan jenazah di Bengkel Fardu Kifayah: Penyempurnaan Pengurusan Jenazah yang diadakan hari ini bertempat di Surau Al-Shafi’i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Bengkel dianjurkan Yayasan dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat serta Pusat Penyelidikan Mazhab Al-Shafi’i, UNISSA.

    Bengkel dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman, termasuk Ketua Program Siswazah, Pusat Penyelidikan Mazhab Al-Shafi’i, UNISSA, Dr Cecep Soleh Kurniawan bagi sesi teori. Manakala, sesi praktikal dikendalikan oleh Haji Burhanuddin bin Haji Damit dan Dayang Norlila binti Mohammad.

    Antara tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberikan penjelasan mendalam mengenai kaedah pengurusan jenazah berdasarkan prinsip Islam dan menyediakan platform untuk meningkatkan pemahaman isu-isu semasa berkaitan pengurusan jenazah.

    Selain itu ia juga untuk membimbing peserta dengan latihan praktikal dalam memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, dan mengebumikan jenazah.

    Bengkel itu diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran para sukarelawan dalam pengurusan jenazah mengikut panduan Al-Quran dan sunnah.

    Melalui bengkel itu juga, peserta dijangka akan memperoleh pemahaman mendalam dan kemahiran praktikal dalam menguruskan jenazah dengan sempurna, sejajar dengan tuntutan fardu kifayah dalam Islam.

    Bimbingan secara teori yang disampaikan semasa taklimat tersebut. – GAMBAR SERAHAN YAYASAN
    Sesi praktikal yang dibimbing oleh tenaga pengajar berpengalaman. – GAMBAR SERAHAN YAYASAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda