Monday, September 30, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel tingkat kefahaman, teknik penyampaian khutbah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Seramai 60 orang pegawai masjid di seluruh negara telah menghadiri Bengkel Penyampaian Khutbah Berkesan yang diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, kelmarin.

    Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) melalui Bahagian Bimbingan dan Latihan itu antara lain bertujuan untuk memberikan penerangan kepada pegawai-pegawai masjid tentang hukum-hakam dalam penyampaian khutbah.

    Di samping untuk menerapkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang berkaitan dalam penyampaian khutbah, ia juga dihasrat untuk memahami teks bahasa Arab pembukaan teks khutbah pertama dan keseluruhan teks khutbah kedua.

    Selain itu, bengkel itu juga adalah untuk memberikan latihan praktikal penyampaian khutbah dari segi pengawalan tempo, intonasi suara dan yang lainnya.

    Bengkel tersebut telah sampaikan oleh Ketua Bahagian Bimbingan dan Latihan, JHEM, Kementerian Hal Ehwal Agama, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin.

    Pengiran Ahmad Faris Ramadhani semasa menyampaikan penerangan pada bengkel tersebut. – GAMBAR SERAHAN JHEM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Di ambang malam