Oleh Daniel Lim BELAIT, 13 JUN – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyebarkan pengetahuan tentang agama Islam, Jabatan Hal Ehwal Masjid cawangan Daerah Belait bersama Takmir Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah di masjid berkenaan baru-baru ini. Bengkel yang dihadiri oleh anggota kumpulan belia masjid dan jawatankuasa takmir masjid