Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel umrah bantu persediaan jemaah Masjid Kampung Bukit Udal

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 28 FEB – Sebagai usaha murni untuk membimbing jemaah masjid dalam memahami pelaksanaan ibadah umrah dengan sempurna lebih-lebih yang bakal menunaikan ibadah berkenaan, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bukit Udal telah mengadakan Bengkel Ibadah Umrah: Minal Masjid Ilal Baitillah di masjid berkenaan, baru-baru ini.

    Menerusi bengkel tersebut, para bakal jemaah umrah telah diketengahkan tentang teori pengertian niat ibadah umrah, hikmah, fadilat serta kelebihannya di samping praktikal meliputi tatacara tawaf, ibadah saie dan bertahalul.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyampaikan sijil penyertaan kepada lebih 30 orang peserta ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Mohd Aidil Sufian bin Mohd Yassin.

    Dengan penganjuran bengkel berkenaan, ia diharap dapat meningkatkan ilmu pengetahuan bersama terutama sebagai persediaan dalam menunaikan ibadah umrah dan haji.

    Ia secara tidak langsung dapat mendidik jiwa untuk terus berusaha meningkatkan amal kebajikan sebagai hamba Allah.

    Haji Mohd Aidil Sufian bergambar ramai dengan para peserta bengkel tersebut di Masjid Kampung Bukit Udal. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda