Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bengkel yakinkan peniaga Brunei berdagang

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Sebagai usaha untuk memupuk minat dan meningkatkan pengetahuan dalam perdagangan serta memperoleh manfaat daripada analisis teknikal secara langsung dan demonstrasi alat canggih yang terdapat pada platform pelaburan yang boleh diakses di Negara Brunei Darussalam, Baiduri Capital telah mengadakan satu siri bengkel pendidikan mengenai perdagangan sekuriti dengan penyertaan seramai lebih 50 pelanggaan.

    Bengkel selama dua hari yang berakhir pada hari ini berlangsung di Baiduri Enterprise Hub itu telah diketuai oleh Pengarah Kandungan di Prolifick Holdings, Benjamin Tay, yang juga merupakan seorang peniaga aktif di pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dan Hong Kong.

    Benjamin Tay ialah seorang peniaga berpengalaman dengan lebih sedekad pengalaman dalam pasaran saham AS.

    Latar belakangnya yang luas termasuk mempunyai peranan sebagai pencipta kandungan dan wakil perdagangan di firma sekuriti terbesar Singapura.

    Sepanjang tiga tahun lalu, beliau telah menjalankan lebih daripada 60 pembentangan mengenai kecelikan kewangan dan telah menyumbang sebagai ghostwriter untuk firma pendidikan kewangan Singapura yang terkemuka.

    Pengurus Besar Baiduri Capital, Brian Wong, berkata mereka berhasrat untuk menyokong peniaga Brunei dalam mencapai kejayaan dengan melengkapkan mereka dengan alat dan pendidikan yang diperlukan bagi berdagang dengan yakin dan berkesan.

    Ditubuhkan pada 2015, Baiduri Capital ialah anak syarikat milik penuh Bank Baiduri, dengan pengkhususan dalam perdagangan sekuriti dan produk pelaburan.

    Benjamin Tay dan Brian Wong bersama para peserta bengkel tersebut. – GAMBAR SERAHAN BAIDURI CAPITAL
    Brian Wong semasa menyampaikan perbincangan semasa berlangsungnya bengkel tersebut. – SERAHAN BAIDURI CAPITAL

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda