Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    ‘Beni Koji Choleste Help’ tidak berdaftar di Malaysia

    PUTRAJAYA, 1 APRIL – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan suplemen kesihatan mengandungi beras yis merah (RYR) ‘Beni Koji Choleste Help’ keluaran syarikat Kobayashi Pharmaceutical Co dari Jepun adalah tidak berdaftar di Malaysia.

    Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, Rosilawati Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata ia susulan semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

    “Semakan juga mendapati terdapat lebih 100 produk lain mengandungi RYR yang dikilangkan oleh pengilang lain telah berdaftar di Malaysia,” katanya.

    RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai ‘Monascus purpureus’.

    Bahan yang dihasilkan secara semula jadi semasa proses penapaian ini adalah terdiri daripada bahan-bahan ‘monacolin’ terutamanya ‘Monacolin-K’.

    Struktur kimia Monacolin-K adalah sama dengan struktur kimia ubat kolesterol ‘lovastatin’ yang sering diberikan untuk mengawal tahap kolesterol dalam darah.

    Susulan itu, beliau berkata produk yang mengandungi RYR (Monascus purpureus), perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di bawah kategori produk tradisional atau suplemen kesihatan.

    PBKD juga telah menetapkan kandungan Monacolin-K yang dibenarkan bagi produk siap adalah tidak melebihi satu peratus dan pengambilan dos harian Monacolin-K adalah tidak melebihi 10mg sehari.

    “Pihak syarikat perlu mengemukakan sijil analisis pengujian makmal bagi kandungan Monocolin-K di dalam produk siap dan bahan mentah yang mengandungi RYR,” katanya. – Bernama

    Gambar NHK World

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Penarikan balik susu anak damit ByHeart

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV...

    Olah batang pisang jadi produk mesra alam

    SABAH - Selepas setiap musim menuai pisang, timbunan batang...

    Kluster baharu mpox babit empat sekeluarga dikesan

    PUTRAJAYA, 16 NOV - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan...

    Kadar jangkitan influenza naik sedikit pada ME44, masih terkawal – KKM

    PUTRAJAYA, 7 NOV - Kadar jangkitan influenza di Malaysia...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...