Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Benrahma sah pindah ke Lyon

    LONDON, 1 JULAI – Pemain sayap Algeria, Said Benrahma, mengesahkan perpindahan tetap dari West Ham ke kelab Perancis Lyon dengan bayaran yang tidak didedahkan, kelmarin.

    Benrahma menghabiskan separuh masa kedua musim lalu secara pinjaman di Lyon dan menjaringkan tiga gol dalam 12 penampilan Ligue 1.

    Lyon membayar yuran pinjaman £5 juta (5.9 juta euro) yang dilaporkan untuk menjamin tempoh awal Benrahma di Perancis dan dipercayai telah menandatangani perjanjian tetap dengan tawaran £12.3 juta.

    Benrahma menyertai West Ham dari Brentford pada 2020 dan menjaringkan 24 gol dalam 155 perlawanan untuk kelab timur London itu.

    Pemain berusia 28 tahun itu adalah sebahagian daripada kejayaan West Ham untuk memenangi Liga Persidangan Europa 2023, dengan menjaringkan penalti dalam kemenangan 2-1 ke atas Fiorentina yang memastikan piala utama pertama bagi kelab itu sejak 1980.

    “Semua orang di West Ham United ingin mengucapkan penghargaan kepada Said atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik untuknya pada masa depan,” kata kenyataan West Ham. – AFP

    Benrahma (R) bersaing dengan pemain TSC Goran Antonic semasa perlawanan kumpulan A Liga Europa UEFA antara TSC Backa Topola dan West Ham di Backa Topola, Serbia pada 30 November 2023. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda