Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Bentang hasil pemeriksaan loji kuasa nuklear dengan telus’

    SEOUL, 30 MEI – Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo hari ini mahu pasukan pakar membentangkan secara telus dan komprehensif hasil pemeriksaan mereka ke atas loji kuasa nuklear Fukushima Jepun, lapor agensi berita Yonhap.

    Pasukan 21 anggota yang diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan Nuklear, Yoo Guk Hee, pulang ke tanah air pada Jumaat selepas menamatkan lawatan enam hari ke Jepun.

    Lawatan berkenaan termasuk menjalankan pemeriksaan di tapak loji yang telah ‘lumpuh’ itu sebelum kontroversi pelepasan air tercemar ke dalam lautan yang dijadualkan pada musim panas ini.

    Han membuat kenyataan itu semasa mesyuarat Kabinet kerana pengkritik, termasuk pembangkang telah menimbulkan persoalan mengenai pemeriksaan berkenaan sambil berhujah ia hanya formaliti yang tidak mencukupi untuk mengesahkan keselamatan proses pelepasan.

    “Kerajaan kita telah menangani secara tegas rancangan kerajaan Jepun untuk melepaskan air tercemar di bawah prinsip bahawa kesihatan dan keselamatan rakyat diutamakan,” kata Han. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 22 Mei 2023 menunjukkan Yoo Guk-hee ketika tiba di kementerian luar negeri di Tokyo, Jepun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda