BANGKOK, Thailand, 3 Nov – Mesyuarat Meja Bulat Menteri-menteri Tenaga Asia IEF ke-7 (AMER7) telah diadakan di Bangkok, kelmarin, yang dihoskan bersama oleh Kementerian Tenaga, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan sokongan Forum Tenaga Antarabangsa (IEF).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, AMER7 yang membawa tema ‘Pasaran Tenaga Global dalam Peralihan: Daripada Wawasan kepada Tindakan’, menyediakan platform bagi menteri-menteri tenaga daripada negara-negara eksport dan import serta ketua-ketua organisasi antarabangsa untuk meningkatkan dialog dan kerjasama dasar yang menekankan masa depan tenaga global. (Klik di sini untuk berita lanjut)