Monday, July 14, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bentuk kemahiran pelajar dalam perusahaan

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Seramai 17 orang pelajar Sekolah Perniagaan, Politeknik Brunei yang menyertai ‘Program Inkubasi Latihan Amali’ dalam lima projek perniagaan yang terdiri dari fesyen, kereta, e-dagang, perancang perkahwinan dan banyak lagi telah mempamerkan produk-produk mereka dalam Pameran PB Startup Lab yang berlangsung di Kompleks Annajat, Kampung Mata-Mata, Mukim Gadong, hari ini.

    Ia merupakan pameran pertama yang dianjurkan di bawah ‘Program Inkubasi Latihan Amali’ yang telah bermula pada Julai lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada pameran berkenaan ialah Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan dan sekolah, kakitangan dan pelajar Politeknik Brunei.

    Dalam ucapannya di majlis itu, Denis Ho Mun Tai antara lain menyentuh mengenai kepentingan pendidikan keusahawanan yang tercatat di peringkat kebangsaan memandangkan negara meneruskan usaha untuk mempelbagaikan ekonomi selain minyak dan gas.

    Tetamu kehormat menyaksikan pameran jualan daripada para pelajar.

    “Untuk itu, Politeknik Brunei memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mempromosikan keusahawanan pelajar menerusi inisiatif berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran perniagaan, bimbingan dan perkongsian industri”, jelasnya.

    Di majlis itu, pengenalan mengenai ‘Program Inkubasi Latihan Amali’ telah disampaikan oleh Ketua Sekolah Perniagaan, Politeknik Brunei, Ian Wall.

    Program berkenaan merupakan inisiatif untuk membimbing usahawan pelajar Politeknik Brunei dalam membangunkan perniagaan pertama mereka menerusi program berstruktur dalam bentuk latihan penempatan selama tiga bulan dengan industri dan inkubasi tiga bulan dengan Politeknik Brunei.

    Latihan amali selama itu memberikan peluang kepada para pelajar untuk bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan, yang bertindak sebagai mentor dalam sektor industri yang diminati para pelajar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda