Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Benzema akan sertai Al-Ittihad

    RIYADH, 6 JUN – Pemenang Ballon d’Or Real Madrid, Karim Benzema telah menandata-ngani kontrak dengan Al-Ittihad Arab Saudi selama tiga tahun mulai musim depan, sumber dari kelab yang berpangkalan di Jeddah itu memberitahu AFP hari ini.

    “Benzema telah menandatangani kontrak untuk perpindahannya ke Al-Ittihad untuk tempoh tiga tahun bermula musim depan,” kata sumber kelab Saudi itu.

    Real Madrid baru-baru ini mengumumkan bahawa pemain berusia 35 tahun itu bakal meninggalkan kelab selepas 14 musim, sehari selepas jurulatih Carlo Ancelotti berkata ‘tiada keraguan’ masa depan Benzema terletak di ibu negara Sepanyol itu.

    Jika perpindahan itu disahkan, Benzema akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo di kerajaan Teluk selepas pemain terbaik dunia lima kali itu berpindah ke Al Nassr dari Manchester United selepas Piala Dunia tahun lalu.

    Lionel Messi, yang meninggalkan Paris Saint-Germain selepas dua musim, juga telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi.

    Gambar edaran yang diambil dan dikeluarkan oleh Real Madrid.com pada 6 Jun 2023 menunjukkan Benzema menyampaikan ucapan semasa majlis perpisahannya di kelab Real Madrid di Madrid. – AFP

    Pegawai kanan dari kelab Arab Saudi lain, Al Hilal, telah terbang ke Perancis untuk mencuba dan menandatangani perjanjian untuk Messi selepas pemain Argentina berusia 35 tahun itu bermain perlawanan terakhirnya untuk PSG pada hujung minggu, dua sumber yang mengetahui perkara itu memberitahu AFP pada hari Ahad.

    Delegasi Saudi bercadang untuk bertemu ejen dan bapa Messi, Jorge, dengan tujuan untuk melengkapkan penandatanganan secepat mungkin.

    Benzema menyertai Madrid pada 2009 dari pasukan Ligue 1, Lyon.

    Dia membuat 648 penampilan untuk Madrid dan berada di tempat kedua dalam senarai penjaring gol sepanjang masa Real dengan 354 gol – hanya Ronaldo yang mempunyai lebih banyak gol.

    Dia telah menjulang lima Liga Juara-juara, empat gelaran La Liga dan tiga Copas del Rey bersama Madrid. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...