Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Benzema bantu Madrid ikat Bilbao

    BARCELONA, 5 JUN – Pemain legenda Real Madrid, Karim Benzema meledak menerusi sepakan penalti untuk membolehkan pasukannya seri 1-1 menentang Athletic Bilbao kelmarin ketika dia mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong di Santiago Bernabeu.

    Benzema, yang perpisahannya disahkan oleh Madrid, selepas 14 tahun di kelab itu, menyempurnakan sepakan penaltinya ke bahagian tengah untuk menyamakan kedudukan, sebelum diraikan dengan tepukan gemuruh.

    Keputusan seri itu memastikan Real Madrid akan menamatkan saingan di atas seteru kota Atletico Madrid di tempat kedua, selepas pasukan Diego Simeone terikat 2-2 di Villarreal.

    “Saya tidak fikir ia adalah perpisahan yang dingin, kelab akan mengadakan acara dalam beberapa hari akan datang. Awda perlu mengambil kira watak Karim, agak pemalu,” kata jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti.

    “Saya bercakap dengannya pagi ini dan dia memberitahu saya dia akan pergi. Dia telah mengambil keputusan dan saya memberitahunya saya menghormati keputusan dia sepenuhnya.” Ancelotti berkata keputusan Benzema dibuat secara mengejut, selepas jurulatih Itali itu sendiri baru-baru ini berkata dia menjangkakan penyerang itu akan kekal.

    “Saya telah melatih salah seorang yang terbaik di dunia, bukan penyerang, pemain bola sepak yang lengkap,” sambung jurulatih itu.

    “Seorang yang sangat peramah, rendah hati, serius. Kami tidak berasa gembira dia akan pergi, tetapi kami perlu menghormati keputusannya.” – AFP

    Benzema dilambung ke udara oleh rakan sepasukan selepas perlawanan bola sepak La Liga menentang Athletic Bilbao di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda