Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Benzema, Courtois terlepas aksi Piala Dunia Kelab

    RABAT, 7 FEB – Duo Real Madrid yang tercedera, Karim Benzema dan Thibaut Courtois tidak tersenarai dalam skuad 22 pemain yang terbang ke Maghribi untuk aksi Piala Dunia Kelab, menurut kenyataan yang diterbitkan kelmarin.

    Eder Militao, Ferland Mendy, Eden Hazard dan Lucas Vazquez juga tidak dapat menyertai skuad kerana masalah kecederaan.

    Pemenang Ballon d’Or, Benzema mengalami kecederaan paha semasa kemenangan ke atas Valencia Khamis lalu dan terpaksa digantikan, meneruskan musim yang terganggu oleh masalah kecergasan.

    Penyerang berusia 35 tahun itu terlepas usaha pertahanan Piala Dunia Perancis kerana kecederaan dan seterusnya bersara daripada tugasan antarabangsa.

    Courtois juga mengalami masalah paha ketika memanaskan badan sebelum kekalahan 1-0
    Madrid kepada Real Mallorca pada Ahad.

    Penjaga gol Belgium itu digantikan oleh penjaga gol Ukraine, Andriy Lunin semasa kekalahan tipis yang menyebabkan juara bertahan itu kini lapan mata di belakang Barcelona, yang berada di puncak La Liga.

    Juara empat kali, Los Blancos berdepan pasukan Mesir, Al Ahly pada Rabu dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab, sebelum perlawanan akhir pada Sabtu. – AP

    Karim Benzema bermain bola semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol antara Real Madrid dan Valencia di stadium Santiago Bernabeu di Madrid. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...