Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Benzema ledak dua gol untuk Real

    MADRID, 1 DIS – Karim Benzema menguburkan mimpi ngeri Piala Dunianya dengan dua gol lewat apabila membantu Real Madrid menewaskan Valladolid 2-0 untuk menduduki tangga teratas La Liga Sepanyol, baru-baru ini.

    Pemenang anugerah Ballon d’Or Benzema telah dipilih dalam skuad Perancis untuk Piala Dunia di Qatar tetapi akibat kecederaan paha yang dialaminya semasa latihan menyebabkan dia terpaksa menarik diri sebelum perlawanan pembukaan.

    Dia kemudian mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa setelah Perancis menjadi naib juara dalam kejohanan itu.

    Pada Jumaat, dia menjaringkan gol pertamanya sejak 19 Oktober apabila Real menewaskan Elche.

    Bagaimanapun, dia terpaksa bersabar untuk menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-83 apabila Javi Sanchez dihukum selepas bola terkena tangan.

    Ketika, pemain Valladolid, Sergio Leon dilayangkan kad merah, Benzema kemudian menambah jaringannya enam minit kemudian hasil daripada hantaran lintang rakan senegara Perancis, Eduardo Camavinga.

    Kemenangan itu meletakkan Real satu mata di hadapan di tangga teratas, akan tetapi Barcelona boleh merampas semula kedudukan Real pada Sabtu jika mereka menang menentang Espanyol.

    “Karim penyelamat kami,” kata penjaga gol Real, Thibaut Courtois.

    “Dia baik-baik saja, dia hanya kurang rentak. Tidak seperti tahun lepas, dia mungkin menjaringkan satu atau dua gol lagi,” tambahnya. – AFP

    Aksi Karim Benzema selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol di stadium Jose Zorrilla di Valladolid, Sepanyol – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda